Nak elak salah ambil staff, ini 5 semakan latar belakang (background check) yang WAJIB dibuat sebelum serah surat tawaran:
🔍 1. Semakan Tempat Kerja Lama (Employment Verification)
Sahkan benar-benar pernah kerja di tempat yang disebut. Hubungi sendiri tempat kerja lama dan tanya tentang disiplin, kehadiran, dan sebab mereka berhenti. Tanya secara jujur, kalau ada peluang anda akan ambil dia balik tak? Dengar cara mereka jawab itu pun satu petunjuk.
đź§ľ 2. Semakan Keaslian Dokumen
Pastikan IC, sijil-sijil akademik, lesen, dan dokumen sokongan lain bukan salinan palsu.
📱 3. Pemeriksaan Media Sosial & Jejak Digital
Tengok cara mereka berinteraksi di media sosial. Adakah mereka kerap bergaduh, sebar maklumat palsu, perkauman, suka burukkan tempat kerja, atau ada tabiat yang boleh jejaskan imej syarikat?
đź§ 4. Ujian Psikometrik dan Ujian Integriti
Ujian psikometrik boleh bantu kesan awal calon yang ada masalah ego, keras kepala atau sukar bekerjasama.
Ujian Integriti tak semestinya formal, boleh buat dalam bentuk senario mudah. Anda tengok & nilai reaksi calon bila hadapi dilema.
⚖️ 5. Semakan Rekod Undang-Undang dan Kredit
Bergantung pada posisi, untuk kerja-kerja sensitif pegang duit, data atau integriti, boleh gunakan laporan CTOS atau semakan PDRM, BNM, SC, atau rekod kes mahkamah. Kes pecah amanah banyak bermula dengan abaikan langkah ini.
🕵️‍♂️ Anda biasa buat semua check ni sebelum ambil staff? Atau baru tahu? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.